Saturday 5 March 2011

HARI PENENTUAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Cuaca yang sangat baik hari ini melancarkan perjalanan hari pembuangan undi. Di semua Peti undi yang KP pergi keadaannya tenang dan berjalan dengan baik.

Kedua-dua Parti meneruskan kempen dan bekerja untuk memastikan kemenangan.

KP nak ucap tahniah kat jentera BN yang KP tengok tak kira Ahli biasa, Wanita, Pemuda mahupun Puteri bertungkus lumus hari ini untuk memastikan Kemenangan Calon BN.


Calon BN di Pulau Pasir Mandi

Petugas BN di Rumpun Makmur


Jentera Peti Undi  Teluk Sentang bertambah dengan kehadiran UMNO Kuala Nerus...Terima Kasih UMNO Kuala Nerus..

Di Lipat Kajang

Suasana di SK Paya Taram

SK Pulau Pasir Mandi

DAN TEMPOH KEMPEN PUN MELABUHKAN TIRAINYA

ALHMADULILLLAH.. KP panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bertugas di PRK Kerdau.. tepat jam 12.00 tadi berakhirlah tempoh kempen di DUN Kerdau ni...

Tadi sempat KP meninjau ke beberapa Peti Undi yang bearda di sepanjang laluan KP antaranya Desa Murni, Kerdau dan Pulau Pasir Mandi dan Rumpun Makmur... Wah masih bersemangat petugas-petugas kan... Kereta keluar masuk xusah dikira, kali ni umpama pesta di simpang empat Kerdau...

Walau apa pun, walau dalam cuaca panas di Kerdau ni, walau dalam kesesakan 'sementara' namun kempen tetap berjalan walau kelmarin KP dengar cam ada insiden tumbuk di Rumpun Makmur.. Ni gara-gara dua dua kumpulan penyokong Bn dan pembangkang saling tak puashati dengan ceramah Anwar dan Ummi Hafilda...

So, malam ni KP nak tido awal coz esok nak bangun awal dan nak bersama jentera untuk raih pengundi...

MOH PAKAT-PAKAT PANGKAH BN...

Salam Ceria Indah...


Pesanan YAB Pengerusi BN Negeri Pahang untuk pengundi DUN Kerdau



Semoga semua warga DUN Kerdau memahami hasrat YAB Dato' Sri Diraja dan tidak akan mensia-siakannya... Satu undi amat bermakna kepada Barisan Nasional..

Janganlah kita mengambil tindakan singkat dengan membuat undi salah atau langsung tidak keluar mengundi.. Jangan berasa kesal kelak, jalankan tanggungjawab sebagai pengundi BIJAK dengan mengundi BARISAN NASIONAL...

APA CITER NI???


KP rasa ni dah sangat-sangat melampau... Sapa boleh beri jaminan pangkah PAS leh masuk syurga?? Bukankah Allah swt menghisab dosa dan pahala berdasarkan amalan manusia bukan sekadar memangkah mana-mana parti???

Jahil sungguh jahil mereka-mereka ini hingga sanggup menyesatkan rakyat ...

Kalau lah seseorang itu terpengaruh, deme memang tak wat amalan lain, hanya cukup dengan tawaran 'pangkah PAS leh masuk syurga'.... memang dah xde idea kan...

Oleh itu, marilah kita sama-sama tolak pembangkang ni.. meke xde kerja lain nak jahanamkan negara aja...

Haipppppp!!!!

Geram ni sangat geram....

Salam Ceria Selalu


Moh Kita Weh...

LAGI KAMPUNG WAYARLES

Beruntung sungguh Warga Rumpun Makmur menjelang PRK esok...hari ni Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan kampung Wayarles di Rumpun makmur.

Bukan itu sahaja, Rumpun Makmur juga akan dibina menara Telekomunikasi bagi memudahkan penduduk menikmati kemudahan telekomunikasi.

JKKK Kampung juga menerima latop daripada SKMM untuk memudahkan dan mengemaskan kerja-kerja mereka.

Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan kehendak dan keperluan ICT di tempat-tempat perkampungan.

Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik demi kemajuan rakyat terutama golongan muda.


Apa yang menariknya lagi hari ini semua VIP dan warga Rumpun Makmur dijamukan dengan gulai kawah dan makan bersila.


Jom kita layan gambar-gambar yang menarik ni...

TERIMA KASIH RABBANI




** KP puji lah kat Rabbani coz bersama jentera Barisan Nasional berkempen demi kemenangan parti kita...

KP rasa kumpulan nasyid yang berlambak di negara kita ini patut mencontohi Rabbani membantu kempen Barisan Nasional.. Jangan jadi cam Bob Lokman yang terang-terangan menyalahkan pembangunan negara menyebabkan beliau sesat sepanjang jalan...

Pooddaahhh sendiri punya silap orang lain la yang kena tanggung!!!!  Terima kasih Rabbani, semoga kehadiran Rabbani dapat meningkatkan majoriti undi di DUN Kerdau ini... 

Salam Ceria Indah
Moh Kita Weh...

HARI INI 5 MAC 2011

Assalamualaikum...
Apa khabar ek jentera di Kerdau ni... Cuaca agak panas kan di sini sepanas sehangat pergerakan jentera kedua-dua parti..

KP amat berharap para pengundi dapat membuat pilihan yang bijak dengan memilih calon Barisan Nasional iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad...

Jangan dek nak marahkan satu dua perkara tak setel, maruah kerajaan Barisan Nasional dipertaruhkan.. Percayalah tiada pemimpin yang tidak memikir untuk kepentingan pengundi dan anak bangsanya..

BERJUANG AYUH BERJUANG...

MOGA BN MENANG DENGAN MAJORITI YANG LEBIH TINGGI PADA HARI ESOK