Saturday 5 March 2011

HARI PENENTUAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Cuaca yang sangat baik hari ini melancarkan perjalanan hari pembuangan undi. Di semua Peti undi yang KP pergi keadaannya tenang dan berjalan dengan baik.

Kedua-dua Parti meneruskan kempen dan bekerja untuk memastikan kemenangan.

KP nak ucap tahniah kat jentera BN yang KP tengok tak kira Ahli biasa, Wanita, Pemuda mahupun Puteri bertungkus lumus hari ini untuk memastikan Kemenangan Calon BN.


Calon BN di Pulau Pasir Mandi

Petugas BN di Rumpun Makmur


Jentera Peti Undi  Teluk Sentang bertambah dengan kehadiran UMNO Kuala Nerus...Terima Kasih UMNO Kuala Nerus..

Di Lipat Kajang

Suasana di SK Paya Taram

SK Pulau Pasir Mandi

DAN TEMPOH KEMPEN PUN MELABUHKAN TIRAINYA

ALHMADULILLLAH.. KP panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bertugas di PRK Kerdau.. tepat jam 12.00 tadi berakhirlah tempoh kempen di DUN Kerdau ni...

Tadi sempat KP meninjau ke beberapa Peti Undi yang bearda di sepanjang laluan KP antaranya Desa Murni, Kerdau dan Pulau Pasir Mandi dan Rumpun Makmur... Wah masih bersemangat petugas-petugas kan... Kereta keluar masuk xusah dikira, kali ni umpama pesta di simpang empat Kerdau...

Walau apa pun, walau dalam cuaca panas di Kerdau ni, walau dalam kesesakan 'sementara' namun kempen tetap berjalan walau kelmarin KP dengar cam ada insiden tumbuk di Rumpun Makmur.. Ni gara-gara dua dua kumpulan penyokong Bn dan pembangkang saling tak puashati dengan ceramah Anwar dan Ummi Hafilda...

So, malam ni KP nak tido awal coz esok nak bangun awal dan nak bersama jentera untuk raih pengundi...

MOH PAKAT-PAKAT PANGKAH BN...

Salam Ceria Indah...


Pesanan YAB Pengerusi BN Negeri Pahang untuk pengundi DUN Kerdau



Semoga semua warga DUN Kerdau memahami hasrat YAB Dato' Sri Diraja dan tidak akan mensia-siakannya... Satu undi amat bermakna kepada Barisan Nasional..

Janganlah kita mengambil tindakan singkat dengan membuat undi salah atau langsung tidak keluar mengundi.. Jangan berasa kesal kelak, jalankan tanggungjawab sebagai pengundi BIJAK dengan mengundi BARISAN NASIONAL...

APA CITER NI???


KP rasa ni dah sangat-sangat melampau... Sapa boleh beri jaminan pangkah PAS leh masuk syurga?? Bukankah Allah swt menghisab dosa dan pahala berdasarkan amalan manusia bukan sekadar memangkah mana-mana parti???

Jahil sungguh jahil mereka-mereka ini hingga sanggup menyesatkan rakyat ...

Kalau lah seseorang itu terpengaruh, deme memang tak wat amalan lain, hanya cukup dengan tawaran 'pangkah PAS leh masuk syurga'.... memang dah xde idea kan...

Oleh itu, marilah kita sama-sama tolak pembangkang ni.. meke xde kerja lain nak jahanamkan negara aja...

Haipppppp!!!!

Geram ni sangat geram....

Salam Ceria Selalu


Moh Kita Weh...

LAGI KAMPUNG WAYARLES

Beruntung sungguh Warga Rumpun Makmur menjelang PRK esok...hari ni Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan kampung Wayarles di Rumpun makmur.

Bukan itu sahaja, Rumpun Makmur juga akan dibina menara Telekomunikasi bagi memudahkan penduduk menikmati kemudahan telekomunikasi.

JKKK Kampung juga menerima latop daripada SKMM untuk memudahkan dan mengemaskan kerja-kerja mereka.

Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan kehendak dan keperluan ICT di tempat-tempat perkampungan.

Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik demi kemajuan rakyat terutama golongan muda.


Apa yang menariknya lagi hari ini semua VIP dan warga Rumpun Makmur dijamukan dengan gulai kawah dan makan bersila.


Jom kita layan gambar-gambar yang menarik ni...

TERIMA KASIH RABBANI




** KP puji lah kat Rabbani coz bersama jentera Barisan Nasional berkempen demi kemenangan parti kita...

KP rasa kumpulan nasyid yang berlambak di negara kita ini patut mencontohi Rabbani membantu kempen Barisan Nasional.. Jangan jadi cam Bob Lokman yang terang-terangan menyalahkan pembangunan negara menyebabkan beliau sesat sepanjang jalan...

Pooddaahhh sendiri punya silap orang lain la yang kena tanggung!!!!  Terima kasih Rabbani, semoga kehadiran Rabbani dapat meningkatkan majoriti undi di DUN Kerdau ini... 

Salam Ceria Indah
Moh Kita Weh...

HARI INI 5 MAC 2011

Assalamualaikum...
Apa khabar ek jentera di Kerdau ni... Cuaca agak panas kan di sini sepanas sehangat pergerakan jentera kedua-dua parti..

KP amat berharap para pengundi dapat membuat pilihan yang bijak dengan memilih calon Barisan Nasional iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad...

Jangan dek nak marahkan satu dua perkara tak setel, maruah kerajaan Barisan Nasional dipertaruhkan.. Percayalah tiada pemimpin yang tidak memikir untuk kepentingan pengundi dan anak bangsanya..

BERJUANG AYUH BERJUANG...

MOGA BN MENANG DENGAN MAJORITI YANG LEBIH TINGGI PADA HARI ESOK

Friday 4 March 2011

DEBARAN SEMAKIN HAMPIR

Assalamualaikum....
Debaran semakin hampir...itulah yang KP rasa...Warga-warga N.28 Kerdau apa agaknya yang diaorang rasa?

Tinggal 2 hari sahaja lagi...Tempoh nak berkempen tinggal 1 hari je lagi... Teruskan usaha, lipat gandakan kerja. Gempur terus Gempur!

HIDUP BN!

Thursday 3 March 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR DUN KERDAU

Hari ini KP berkesempatan di satu majlis yang dianjurkan oleh MAPIM NEGERI PAHANG dan MAJLIS BELIA DAERAH TEMERLOH.

Program dimulakan dengan ceramah motivasi untuk pelajar tahun 6. Semuanya kusyuk mendengar...Moga adik-adik ni nanti berjaya dalam UPSR.

Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan turut menyampaikan anugerah dan cenderahati untuk pelajar cemerlang UPSR 2010.

Apa yng KP nak kongsi dan rasa menariknnya ialah, dalam PRK ini, NGO turut membantu memeriahkan PRK...ini bermakna BN masih dah tetap subur dihati semua pengundi...calon N.28 Kerdau, Tn syed Ibrahim Bin Syed Ahmad pun hadir...







Moh Kite Weh...layannnnn gambo-gambonya....

TENGOK NI.....


CALON PAS KATA "WA CAYA SAMA LU"


PRK MERLIMAU: ada apa dengan LELAKI Y?!



Nampak sangat si AL_JUBURI ni semakin terdesak...

Malam ni al-juburi bertemu Ummi Hafilda di Peti Undi Rumpun Makmur... Gasak al-juburi bertemu Ummi, jangan al-juburi terlemas dalam bebelan Ummi dahler...

idup bn bn bn bn bn bn bn bn bn....

JANGAN TERPENGARUH DENGAN IKLAN MURAHAN INI...


Apa la nak jadi dengan manusia-manusia puak pembangkang ni... Takde dosa, suka-suka menambah dosa.. Apa ke dah banyak sangat pahala???

SP tak faham tergamak PAS dan Calon yang bodoh bangang ni mengajak para pengundi untuk membuat undi protes..

Kawan-kawna kena faham, ni semua kerja orang yang dah nak kalah...

SP berdoa kepada Allah swt agar BN menang dengan majoriti yang tinggi

BUDAK KECIK TU OOOOOOOOOIIIIIIIII


Dah xde petugas lain ke yang nak disuruh? budak kecik dijadikan mangsanya... Memang sungguh tidak berhati perut kan... Sanggup untuk mempergunakan kanak-kanak yang tidak faham apa-apa demi perjuangan sesat mereka itu... 

Wednesday 2 March 2011

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Apa kabo semua...KP harap semua dikurniakan kesihatan dan keceriaan yang baik menjelang PRK N.28 Kerdau ni...

Lagi 3 hari kita nak raya....Kp harap kita dapat buat pilihan yang terbaik....sudah tentu yang terbaik itu adal BN...UNDILAH BN demi kesejahteraan hidup kita.


Moh Kite Weh....

KP

DATUK SERI UTAMA DR RAIS YATIM LANCARKAN KAMPUNG WIFI DI KERDAU

DESA MURNI, apa lagi KP nak kata selain tahniah buat Datuk Seri Utama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia kerana begitu prihatin terhadap keperluan penggunaan Jalur Lebar Tanpa Wayar di kampung! Kp juga nak ucap tahniah buat penduduk DESA MURNI yang mana kampung mereka terpilih untuk dijadikan KAMPUNG WIFI....Syoknyakan....

Ini menepati saranan YAB Perdana Menteri mendahulukan rakyat dan memastikan penduduk kampung tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia dihujung jari.

Selalunya kita dapati penggunaan jalur Lebar tanpa wayar ini ada di hotel-hotel, di cafe-cafe dibandar.  Tapi sekarang kat DESA MURNI kawasan perkampungan pun ada WIFI, ini akan memberi manfaat yang sangat banyak terutama kepada golongan muda dan belia.

Inilah KERAJAAN BN...cakap dan terus buat...bukan cam pembangkang asyik bercakap je....







KP teringat kata-kata Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dalam ucapan perasmian Kampung WIFI Dun Kerdau " Kita ni ikut je kata orang dulu, dia dah sebut wayar, kita pun sebut jugalah wayar, sedangkan wayar itu perkataan orang putih. Nak sedapkan lagi jadilah wayar less"..

Kp nak ucap terima kasih kepada penulis medan-info-kita.blogspot.com kerana KP ambil gambar dalam blog beliau...Terima Kasih ye...gambarnya cantik-cantik

PAS YANG DAH TERLEPAS, MELEPAS DAN BERLEPAS...


Memang dasar manusia yang xsedar diuntung....



Tengok ni, dah serender big bro PAS Pahang ni.. lawan YB Wan Salman di Jengka pun kalah, inikan kalau nak lawan SYED IBRAHIM...



DAIFFFF sesangat daif......

HA HA HA... AKHIRNYA NIK AZIZ BERSARA DARI ARENA POLITIK...

Kesedihan terpancar di wajah Tuan Guru kerana keputusan Tuan Guru untuk bersara dari arena politik.. Tuan Guru berasa sangat kesal dengan segala tohmahan yang dilontarkan kepada UMNO dan BN selama ni.. Nak tahu ke di mana Tuan Guru berehat? Jeng Jeng Jeng... LIhat lah foto di bawah..



Alahai.. dah jadi Baby Nik upernya...
Baby Nik, berehat diam-diam dalam bakul ajaib ni yerk....
Bakul ni memang dicipta khas untuk Baby Nik berehat daripada terus mengarut dan mencarut...
Nanti KP akan hantar pampers saiz dewasa untuk Baby Nik... Jangan kencing dalam suar tau....
Kakaka kukuku kikiki

CALON LUAR KAWASAN LIPUTAN???

Larrrr apa kes calon luar kawasan liputan? Padanlah asyik kalah ek, upernya Calon PAS ni upernya tidak mengundi di DUN Kerdau...

Seberadik gak ngan Calon Merlimau...

Apa la nak jadi ngan puak pembangkang ni ek... dah lah letak calon recycle, pastu calon tak leh memberi undi kepada diri sendiri lak.. kui kui kui...
poodaahhhh lu mamat!!!


Moh Kite weh...

Calon BN DUN Kerdau terus gigih berkempen



Kegigihan SYed Ibrahim terpancar pada raut wajah beliau. Walaupun agak penat berkempen, namun Syed Ibrahim tetap mengikuti jadual dengan penuh keceriaan.. Sikap beginilah yang harus dicontohi, bukan macam calon PAS yang SOMBONG dan ANGKUH....

TAK DE MODAL KE?

Salam....

KP rasa PAS ni memang dah tedesak dan tak de isu untuk mereka memburuk-burukkan dan memfitnah Kerajaan BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man kata kena pilih PAS untuk pembangunan kerana kerajaan pusat akan lebih prihatin terhadap Kerdau."

Calon PAS pun cakap perkara yang sama...

Kelakar pulak KP dengar, buat apa kita nak pakai perantara...Pilih Aje BN, sudah tentu menjamin masa depan kita semua...

Sebenarnya KP nak ucapkan terima kasih juga kat PAS ni kerana mengakui bahawa KERAJAAN BN sentiasa PRIHATIN  tak pilih siapa asalkan Warga Malaysia!

HIDUP BN...Moh Kite Weh, kita undi BN....

PAS DAH KELIRU

Apa la puak-puak PAS ni....deme ni reti ke nak bezakan antara PERUNTUKAN PEMBANGUNAN dengan RASUAH.

Bila tak bagi pembangunan puak puak hamPAS ni kata kita abaikan penduduk tapi bila PM luluskan Budget untuk pembangunan puak-puak ni kata RASUAH pulak. Tak reti ke apa ni...kalau kita kata tak bijak (atau maksud lainnya bodo) dia orang marah pulak...tapi memang x reti la diaorang ni...

Ada akai ka? KP rasa hamPAS ni sekarang semakin keliru dan tak ada isu sebenarnya....jadi dia buat je la isu...hamPAS ingat Pengundi dan warga N.28 KERDAU ni tak tau fikir ke? Orang-rang KERDAU semua dah bijak pandai sekarang...

PEMUDA SEDIA BERKHIDMAT

Salam...Warga Kerdau bukan sahaja diberi perhatian oleh PUTERI malah PEMUDA pun tak kurang bekerja dan berbakti untuk warga-warga Kerdau ni...

Bermacam aktiviti yang dilakukan oleh Pemuda, antaranya sembang-sembang belia, sukan dan walkabout di kampung...cerita banyak tak guna, jom kita tengok gambo-gambonya...Tahniah PEMUDA BN!










SALAM PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum...

Pekabo rodong-rodong petugas, pengundi dan seluruh Warga Kerdau...

Apa agaknya Warga RUMPUN MAKMUR buat hari ni?

Sihat ke warga-warga FELDA JENGKA 25?

Apa pula cerita warga-warga FELDA JENGKA 22 & 23?

Agenda apa yang dilakukan oleh Warga-warga KAMPUNG BATU SAWAR?

Warga-warga KUALA TEKAL sihat ke?

PULAU PASIR MANDI  warganya sedang buat apa yek?

Sibuk ke warga KERAI?

Harap-harap warga DESA MURNI pun sihat juga...

Gembirakah hari ini warga KERDAU?

Macammana pula warga-warga KUALA KERDAU?

Apa program hari ini  keluarga-keluarga TELUK SENTANG?

Apapun yang dilakukan, KP doakan semua berada didalam keadaan yang sihat walafiat...Semoga terus sihat dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan...

Teruskan perjuangan agar BN terus mendapat mandat di N.28 KERDAU.

Tuesday 1 March 2011

SIAPA KATA BELIA DIPINGGIRKAN?

Siapa kata Belia atau Generasi Muda dipinggirkan? Hari ini Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Ahnad Sabery Chik turun padang di Kerdau. Beliau bertemu Belia dan membuat ziarah ke rumah-rumah.

Antara yang menarinya YB Datuk telah meluluskan peruntukan gotong-royong track motor cross di Kg Lipat Kajang Darat. Wah! seronok la anak-anak muda di Lipat Kajang dan di Dun Kerdau ni yek...Syukur Alhamdulillah

Sebenarnya Belia-belia itu sendiri perlu bergerak aktif untuk memastikan nasib generasi muda terbela...Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tak mengubahnya...

KP berdoa agar belia terus berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair....

Jom kita layan gambar-gambar YB menteri dalam sessi lawatannya di Kerdau






Fatwa Menyesatkan PAS.Halal Syarie Pangkah PAS,Haram Syarie Pangkah Umno

HAI FRENS.....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

hai frens,  
selamat pagi, how are u today
semoga hepi, ave a gud day...;)

Dah masuk bulan ketiga tahun 2011.. Bermaknanya tinggal lagi lima hari tempoh berkempen.. Pelbagai pengalaman suka ceria gembira KP alami selama berada di bumi aman Kerdau ini...

Tapi KP rasa keadaan ini lebih aman kira kita dapat me nyah lenyapkan golongan cacar marbar PAS ni daripada terus berkulat, berhapak, berulat di sini... Wahai pengundi DUN Kerdau, sayangilah bumi yang aman damai ini...


Buatlah pilihan yang bijak dengan mengundi calon BARISAN NASIONAL...

Monday 28 February 2011

Jawapan Buat Harakah



Puak2 PASiR ni suka-suki mempertikaikan pemberian bantuan pelajaran Yayasan Pahang oleh Menteri Besar Pahang beberapa hari lepas...

Nah ko!!! YB Dato' Haji Mohd Sharkar Shamsuddin, menjawab tuduhan liar pembangkang ni siang tadi.

AL FATIHAH BUAT BLOGGER MELAYURAYA DAILY





YH DATO AZIZAN YAAKOB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH MALAM TADI. ALLAHYARHAM DIMASUKKAN KE HOSPITAL JERANTUT UNTUK RAWATAN AWAL SETELAH TERJATUH DI RUMAHNYA PUKUL 4 PAGI AHAD LALU, KEMUDIAN DIPINDAHKAN KE ICU TEMERLOH UNTUK MENJALANI PEMBEDAHAN OTAK AKIBAT PENDARAHAN DALAM OTAKNYA. ALLAHYARHAM AKAN DIKEBUMIKAN DI JERANTUT.

KITA BUKAN SAHAJA KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG BERJASA TETAPI KITA JUGA KEHILANGAN SEORANG BLOGGER YANG BANYAK MENULIS PERIHAL POLITIK DAN ISU SEMASA MELALUI BLOGNYA MELAYURAYA DAILY.

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN...AL FATIHAH

FIKIR FIKIR DAN FIKIR, BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK, JANGAN MENJADI BONEKA DAPig


KP tertarik dengan risalah-risalah ni... Kadang kala terasak nak gelak jer dengan geng PAS yang sangat-sangat angau dan ter perasan.... sedih pun ada tapi apakan daya, ini jalan yang mereka pilih, semoga Allah swt memberi mereka Cahaya Nur untuk bersama Barisan Nasional kelak.. Ruang masih terbuka... Amin