Saturday 5 March 2011

LAGI KAMPUNG WAYARLES

Beruntung sungguh Warga Rumpun Makmur menjelang PRK esok...hari ni Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan kampung Wayarles di Rumpun makmur.

Bukan itu sahaja, Rumpun Makmur juga akan dibina menara Telekomunikasi bagi memudahkan penduduk menikmati kemudahan telekomunikasi.

JKKK Kampung juga menerima latop daripada SKMM untuk memudahkan dan mengemaskan kerja-kerja mereka.

Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan kehendak dan keperluan ICT di tempat-tempat perkampungan.

Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik demi kemajuan rakyat terutama golongan muda.


Apa yang menariknya lagi hari ini semua VIP dan warga Rumpun Makmur dijamukan dengan gulai kawah dan makan bersila.


Jom kita layan gambar-gambar yang menarik ni...

No comments:

Post a Comment