Monday, 28 February 2011

Jawapan Buat Harakah



Puak2 PASiR ni suka-suki mempertikaikan pemberian bantuan pelajaran Yayasan Pahang oleh Menteri Besar Pahang beberapa hari lepas...

Nah ko!!! YB Dato' Haji Mohd Sharkar Shamsuddin, menjawab tuduhan liar pembangkang ni siang tadi.

AL FATIHAH BUAT BLOGGER MELAYURAYA DAILY





YH DATO AZIZAN YAAKOB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH MALAM TADI. ALLAHYARHAM DIMASUKKAN KE HOSPITAL JERANTUT UNTUK RAWATAN AWAL SETELAH TERJATUH DI RUMAHNYA PUKUL 4 PAGI AHAD LALU, KEMUDIAN DIPINDAHKAN KE ICU TEMERLOH UNTUK MENJALANI PEMBEDAHAN OTAK AKIBAT PENDARAHAN DALAM OTAKNYA. ALLAHYARHAM AKAN DIKEBUMIKAN DI JERANTUT.

KITA BUKAN SAHAJA KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG BERJASA TETAPI KITA JUGA KEHILANGAN SEORANG BLOGGER YANG BANYAK MENULIS PERIHAL POLITIK DAN ISU SEMASA MELALUI BLOGNYA MELAYURAYA DAILY.

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN...AL FATIHAH

FIKIR FIKIR DAN FIKIR, BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK, JANGAN MENJADI BONEKA DAPig


KP tertarik dengan risalah-risalah ni... Kadang kala terasak nak gelak jer dengan geng PAS yang sangat-sangat angau dan ter perasan.... sedih pun ada tapi apakan daya, ini jalan yang mereka pilih, semoga Allah swt memberi mereka Cahaya Nur untuk bersama Barisan Nasional kelak.. Ruang masih terbuka... Amin








GENERASI WANITA PRIHATIN

Assalamualaikum...

Hari ini beberapa peti undi di Dun Kerdau, menerima kehadiran YB Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Pergerakan Puteri UMNO Pahang begitu prihatin melakukan kerja-kerja kebajikan.

Kunjungan ke Klinik Desa Kerdau, membincangkan mengenai permasalahan dan pembesaran klinik. Klinik yang kecil itu sememangnya sudah tidak dapat menampung pertambahan penduduk di Pekan Kerdau. Dengan kehadiran YB Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, InsyaAllah permasalahan ini pasti akan diselesaikan. Beruntung sungguh warga Kerdau kan...



 YB Dato Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Puteri-Puteri Pahang kemudiannya ke rumah seorang Warga Emas Cina di Pekan Kerdau yang mempunyai masalah penglihatan. Inilah 1 MALAYSIA...kunjungan dan sumbangan tak kira bangsa!

Kunjungan seterusnya ke Felcra Rumpun Makmur. En. Wahab Bin Bakar seorang yang sangat aktif berpersatuan dan bersukan tidak lagi dapat berjalan selepas mengalami Demam Panas...Beliau yang memerlukan tongkat untuk berlatih berjalan semula merasa sangat gembira diatas keprihatinan  Pergerakan Puteri UMNO.



Di Jengka 25 pula 2 buah rumah dikunjungi. Seoarang pesakit Jantung dan Radang Perut dan seorang lagi adalah wanita muda yang menghidapi Buah Pinggang Kronik.




Keprihatinan ini merupakan tanggungjawab yang KP rasa Pergerakan Puteri UMNO sentiasa lakukan walaupun bukan musim pilihanraya...Tahniah....

Salam PRK
KP

PABILA BOB LOKMAN PAKAI CELANA....

"Hari ini  bila jiwa berada di dalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah."


* Ini ada lah petikan yang KP amik daripada boblokman.blogspot.com sesudah beliau memilih untuk menjadi ahli PAS... KP tak pertikai keahlian PAS atau mana-mana parti politik yang beliau pilih.. Ikut suka hati ko lah, tapi setiap tulisan tu biarlah kena pada tempatnya.. Apa kes guna perkataan anut? Ingat PAS tu agama ke??? Weii ramai lah ahli PAS yang menjadikan PAS sebagai tempat nak hentam kerajaan semata-mata tanpa menpraktikkan ajaran Islam semata-mata... Pooodahhhhh, janganlah kerana terlalu taksub dengan sesebuah ideologi maka nampak hanya PAS je yang bagus... Haiiiippp hangin tul
Yang KP sangat-sangat hairan bin ajaib time PRK ni lah Bob Lokman nak cari glamer harammm... Pastu yang lagi xboleh blah bilamana dia seolah-olah menyalahkan pembangunan yang beliau dah sedut, dan hirup selama beliau hidup ni.... Ni baru beberapa hari jadi ahli PAS dah jadi macam ni ek, terlalu mudah menyalahkan pihak lain, tetapi sebenarnya dia lupa satu jari menuding kepada orang, empat jari lagi menuding kepada diri sendiri daaaa....
Bukak balik lah dairi sendiri duhai Mr BOB LOKMAN....  Sebelum nak salah orang lain, selak, bukak, tatap diri sendiri di hadapan cermin... KP rasa sangat malu dengan kenyataan BOB LOKMAN di dalam laman blognya nya ini, dan tak sabar nak tengok gambar BOB LOKMAN declare diri untuk keluar dari PAS... KAKAKA, kelakor lah ko nih BOB... Ko lak cepat perasan ek bila mana orang-orang PAS layan baik ko.. Biasa arrr, dorang nak pergunakan ko, dorang wat lah baik ngan ko... Maklum ceramah free of charge!!!
Berlambak-lambak manusia di luar sana yang menghayati, mengamti kehidupan AJARAN ISLAM dengan cara tertib dan berhemah... TAK BISING PUN MACAM KO...
Salama Ceria Indah KP

MOh Kita Weh...

KERDAU SEPINTAS LALU

KP dah dua minggu bertapa di DUN Kerdau ni, tapi baru hari ni KP berkesempatan nak bercerita serba sedikit perihal Kerdau.. ye la kan hari-hari dihidangkan, dijamu dengan cerita politik, cerita pembangunan rasanya tak salah KP nak ubah selera pada malam ni... Biarlah kita mengajar anak bangsa kita erti sejarah dan dengan cara ini akan lebih mencintai tanah tumpah darah kita dan tidak akan menjadi penderhaka seperti ANWAR ALJUBURI atau TUANG GURU NICK AJISSSSS...

Penempatan di Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 lagi.  Nama Kerdau diambil kerana dahulunya kawasan itu dipenuhi dengan pokok Kerdau.  Pokok Kerdau berbentuk seperti pokok pinang, iaitu tidak berdahan dan berbantang kecil.


Banyak perubahan dapat dinikmati dan dialami oleh penduduk Kerdau dari segi pembangunan, pendidikan dan kemudahan.  Arus pembangunan dapat dilihat dengan jelas di sini di mana rumah-rumah tradisional kini diganti dengan rumah-rumah batu.  Pendidikan di sini juga kian dititik-beratkan dengan adanya pembinaan sekola-sekolah.

Kini pelajar tidak perlu berulang alik ke kampung sekitar untuk mendapatkan pendidikan.  Kemudahan-kemudahan di Kerdau yang lengkap dengan infrastruktur juga telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan dan melancarkan kehidupan penduduk di Kerdau.  

Manggis dipilih sebagai simbol untuk mempopularkan Kerdau kerana di sini terdapat banyak dusun manggis.. Selain manggis, Kerdau juga terkenal dengan buah durian dan duku. Patutlah masa mula-mula sampai ke Kerdau ni, KP ternampak satu replika besar buah manggis...:) Hitam-hitam si tompok manggis, biar pun hitam isinya manis....

SYED IBRAHIM YANG MESRA RAKYAT

Assalamualaikum....

KP tak mau cerita banyak pasal calon BN ni...Ramai yang cakap kat KP Tn. Syed Ibrahim, orangnya sangat berhemah dan mesra rakyat. Jom, kita lihat gambar-gambarnya.....










Al FATIHAH...PENGARAH SPR PAHANG MENINGGAL DUNIA

TEMERLOH, 28 Feb (Bernama) -- Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang Isnin kerana serangan jantung.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.

Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas.

SALAM PEMBUKA MINGGU

Assalamualaikum...

Pekabo rodong-rodong? KP harap semuanya sihat belaka...lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya ni...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berhari raya...eh berhari raya pulak...berpilihanraya....

Jadi jangan buang masa dan main-main...Teruskan usaha kita....

Jom Kite Weh....Kita GEMPUR!

Salam KP...

Sunday, 27 February 2011

TIGA PILIHAN... PILIH MANA YANG BERKENAN...:)

Barangkali peneroka di Felda Jengka 22, 23 dan 25 boleh menarik nafas lega dengan pengumum YAB Perdana Menteri siang tadi berkaitan isu pembayaran balik pinjaman tanaman semula.. Kebetulan KP berada di Jengka 22...  Terdapat tiga pilihan diberi, pilih yang mana berkenan, fikir sebaik-baiknya (itu pesanan Perdana Menteri siang tadi semasa mengumumkan tiga piliahn itu....:)

1) menerima wang RM 13, 000 dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM650.00
2) menerima wang RM6,500.00 dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM500.00
3) tidak menerima sebarang bayaran dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM450.00


Turut hadirYAB Dato' Seri Adnan Yaakob, Tan Sri Isa Samad, YB Dato Seri Zahid Hamidi dan YB Dato Mohamad Maslan


 wanita yang sentiasa mendukung kepimpinan negara, penerokawati yang setia menunggu pengumuman daripada YAB Perdana Menteri...


 kelibat Wakil Rakyat seluruh Negeri Pahang turut bersama 
Perdana Menteri berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Peneroka Felda Jengka 22 tengahari tadi.


* Kerajaan sentiasa peka dengan permasalahan rakyat... Jangan ambil tindakan terburu-buru dengan mendengar berita yang palsu berkenaan FELDA.  Kerajaan sama sekali tidak akan mengkhianati ansib peneroka.  Maka janganlah dek marah kan nyamuk maka seluruh kelambu dibakar...

APA ITU PAS?

PUTAR ALAM SEMULAJADI

PEMIMPIN AJARAN SESAT

PEROSAK AGAMA SENDIRI

PAKAR AHLI SEMBANG

PERANGAI ALA SYAITAN

PENIPU ALAM SEJAGAT

PUTAR ASALKAN SELAMAT

PROJEK ANAK SAYA

PEROSAK AKHLAK SAJA

PUAK ANA SAJA

PEROSAK AMALAN SUCI

PARTI AMBIL SYARAT

PENTAFSIRAN AYAT SALAH

PAKAI AMBIL SENANG

PELAWAK ALA SENARIO

PENGHABIS APA SAJA

PAKAR AHLI SABOTAJ

PAKAR AMPU SENTIASA

PUAS AKU SEKARANG

PANDAI ANA SAJA