KP dah dua minggu bertapa di DUN Kerdau ni, tapi baru hari ni KP berkesempatan nak bercerita serba sedikit perihal Kerdau.. ye la kan hari-hari dihidangkan, dijamu dengan cerita politik, cerita pembangunan rasanya tak salah KP nak ubah selera pada malam ni... Biarlah kita mengajar anak bangsa kita erti sejarah dan dengan cara ini akan lebih mencintai tanah tumpah darah kita dan tidak akan menjadi penderhaka seperti ANWAR ALJUBURI atau TUANG GURU NICK AJISSSSS...
Penempatan di Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 lagi. Nama Kerdau diambil kerana dahulunya kawasan itu dipenuhi dengan pokok Kerdau. Pokok Kerdau berbentuk seperti pokok pinang, iaitu tidak berdahan dan berbantang kecil.
Banyak perubahan dapat dinikmati dan dialami oleh penduduk Kerdau dari segi pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Arus pembangunan dapat dilihat dengan jelas di sini di mana rumah-rumah tradisional kini diganti dengan rumah-rumah batu. Pendidikan di sini juga kian dititik-beratkan dengan adanya pembinaan sekola-sekolah.
Kini pelajar tidak perlu berulang alik ke kampung sekitar untuk mendapatkan pendidikan. Kemudahan-kemudahan di Kerdau yang lengkap dengan infrastruktur juga telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan dan melancarkan kehidupan penduduk di Kerdau.
Manggis dipilih sebagai simbol untuk mempopularkan Kerdau kerana di sini terdapat banyak dusun manggis.. Selain manggis, Kerdau juga terkenal dengan buah durian dan duku. Patutlah masa mula-mula sampai ke Kerdau ni, KP ternampak satu replika besar buah manggis...:) Hitam-hitam si tompok manggis, biar pun hitam isinya manis....
No comments:
Post a Comment