Thursday, 24 February 2011

KAMI SAYANGKAN MU MALAYSIA...

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa di DUN Kerdau ni terdapat banyak khazanah sejarah yang patut yang patut diterokai antaranya Gunung Senyum dan Sungai Pahang..  Barangkali ramai yang bimbang jika kekurangan penginapan di DUN ini.

Jangan risau kawan-kawan sekalian, kerana di DUN Kerdau ni memang popular dengan program Homestay nya, baik di Jengka 25, Jengka 22, Jengka 23, Desa Murni waima Rumpun Makmur..

Tadi KP sempat singgah di Penempatan FELCRA Rumpun Makmur dan KP berasa sangat teruja dengan susunbina rumah di sana dan program Homestay ini telah dijalankan sejak tahun 1995 lagi.  Menurut salah seorang peserta di Rumpun Makmur, selain menambahkan pendapatan, pengalaman bercampur gaul dengan pelancong dari Cambodia, England dan Jepun merupakan kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan...



Mohlah kawan-kawan, kalau ada yang berminat, boleh pm KP yer.... Masih banyak khazanah di tempat sendiri yang boleh kita terokai dan secara tidak langsung mewujudkan rasa cinta dan sayangkan tanahair... Kami sayangkan MU Malaysia*

Salam KP

Moh Kite Weh...

No comments:

Post a Comment