Assalamualaikum rodong-rodong blogger dan pembaca blog KP...
Tadi KP ke RUMPUN MAKMUR. KP ingatkan RUMPUN MAKMUR ni kampung Tradisional, rupa-rupanya RUMPUN MAKMUR salah satu penempatan FELCRA yang sangat tersusun dan menarik.....
Pada mulanya KP macam terkejut dan hairan kerana rumah-rumahnya dibuat daripada batu bata merah...penempatan apakah ini?
Penduduk asal RUMPUN MAKMUR adalah terdiri daripada penduduk yang dipilih daripada 3 buah kampung iaitu Kg. Pulau Raya, Kampung Kuala Krau Seberang dan Kampung Gunung Senyum. Mereka ini dihimpun dalam satu rumpun yang diberi nama RUMPUN MAKMUR...itulah asalnya RUMPUN MAKMUR ni...
KP pun singgah lah di sebuah rumah milik makcik Sarimah Binti Awang Sulaiman. Menurut Makcik Sarimah yang sudah 17 tahun menetap di Felcra RUMPUN MAKMUR, dia amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Felcra ini. Beliau berasal dari kampung Pulau Raya juga menerima Ladang seluas 8 ekar untuk diusahakan...
Apa yang dikhabarkan kepada KP oleh penduduk di RUMPUN MAKMUR ni, penempatan Felcra ini adalah merupakan satu-satunya dalam Malaysia yang rumahnya diperbuat daripada batu bata merah (tengoklah gambo yang KP postkan nanti). Bangga KP melihatnya...
Terdapat juga beberapa rumah yang dijadikan Homestay bagi menambah pendapatan penduduk.
Itulah yek, KERAJAAN BN ni macam-macam buat untuk kesenangan rakyatnya. Alhamdulillah KP lihat penduduk RUMPUN MAKMUR ni tahu menghargai Jasa Kerajaan. Sebagai rakyat hanya perlu bersyukur dan menghargai apa yang telah diberikan. Bersamalah kita menjaga keamanan dan kesejahteraan tanahair kita.
Orang-orang RUMPUN MAKMUR, Moh kite weh, jangan lupa keluar mengundi dan paling penting jangan lupa undi BN.
No comments:
Post a Comment