Sunday, 27 February 2011

TIGA PILIHAN... PILIH MANA YANG BERKENAN...:)

Barangkali peneroka di Felda Jengka 22, 23 dan 25 boleh menarik nafas lega dengan pengumum YAB Perdana Menteri siang tadi berkaitan isu pembayaran balik pinjaman tanaman semula.. Kebetulan KP berada di Jengka 22...  Terdapat tiga pilihan diberi, pilih yang mana berkenan, fikir sebaik-baiknya (itu pesanan Perdana Menteri siang tadi semasa mengumumkan tiga piliahn itu....:)

1) menerima wang RM 13, 000 dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM650.00
2) menerima wang RM6,500.00 dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM500.00
3) tidak menerima sebarang bayaran dan pembayaran bulanan ialah sebanyak RM450.00


Turut hadirYAB Dato' Seri Adnan Yaakob, Tan Sri Isa Samad, YB Dato Seri Zahid Hamidi dan YB Dato Mohamad Maslan


 wanita yang sentiasa mendukung kepimpinan negara, penerokawati yang setia menunggu pengumuman daripada YAB Perdana Menteri...


 kelibat Wakil Rakyat seluruh Negeri Pahang turut bersama 
Perdana Menteri berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Peneroka Felda Jengka 22 tengahari tadi.


* Kerajaan sentiasa peka dengan permasalahan rakyat... Jangan ambil tindakan terburu-buru dengan mendengar berita yang palsu berkenaan FELDA.  Kerajaan sama sekali tidak akan mengkhianati ansib peneroka.  Maka janganlah dek marah kan nyamuk maka seluruh kelambu dibakar...

No comments:

Post a Comment