Friday 25 February 2011

Kat Kerdau ni KP tengok, kaum wanita tidak dibiarkan. kaum Wanita diberi peluang untuk menjana ekonomi sendiri dengan menguruskan IKS.

Tadi KP lalu dekat Command Center BN, berhampiran CC ni Kp lihat ada papan tanda

1. PERKUMPULAN WANITA DINAMIS FELCRA (WADIRA) - KEPIMPINAN BERKUALITI DIKALANGAN WANITA

2. BENGKEL MAKANAN RINGAN WADIRA KAWASAN KERDAU

Kumpulan Pembangunan Wanita Kerdau sering menjalankan aktiviti untuk kaum wanita. Antaranya ialah mengadakan lawatan ke tapak tanaman anggur di Beseri Perlis, membuat bubur Asyura sempena Maal Hijrah di Masjid Omar Abdul Aziz dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga ada menjemput guru masakan dari luar untuk mengajar mereka cara membuat pizza, manakala cara pembuatan kerepek bawang diberi tunjuk ajar oleh Pegawai Pertanian dari Pejabat Pertanian Daerah Temerloh.


Banyak betul keistimewaan yang diterima oleh Warga Kerdau kan...

No comments:

Post a Comment