Sunday, 20 February 2011

UNTUK RAKYAT



Hari ini KP kan ronda-ronda Kerdau.....kali pertama KP melalui jambatan baru Kuala Krau yang merentasi Sungai Pahang menghubungkan laluan Temerloh-Jerantut dan Rumpun Makmur ke Jengka.

Wah...lebih mudah dan dekat la ye orang-orang dari Kerdau nak ke Jengka...Menjimatkan masa dan menyenangkan anda semua...Terima kasih la ye Kerajaan BARISAN NASIONAL

Bukan itu sahaja KP rasa pertumbuhan ekonomi terutama melibatkan kampung-kampung tradisional yang terpinggir selama ini dijangka berkembang dengan baik. Orang Kerdau, Kuala Krau dan Jengka jangan la lepaskan peluang ni..

Pekan Kuala Krau pun semakin menjadi tumpuan penduduk daerah ini dan gugusan Felda Jengka selepas Jambatan Sultan Ahmad Shah Kuala Krau bernilai RM67 juta siap dibina awal tahun ini.

Pekan itu dijangka terus mengalami perubahan apabila banyak projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dirancang bagi memberi kemudahan kepada penduduk di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jenderak, Kerdau dan Jengka


Siap sepenuhnya pada Februari lalu dengan nama Jambatan Sultan Ahmad Shah, jambatan sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter bernilai RM61 juta itu juga dapat memberi kemudahan perhubungan kepada lebih 100,000 penduduk di kawasan terlibat. (banyok wei belanjenye tu....)

Jambatan ini memendekkan perjalanan dari Kuala Krau  dan Kerdau ke Bandar Jengka yang mana sebelum ini terpaksa melalui bandar Temerloh atau Jerantut yang memakan masa sehingga sejam setengah sebelum ini, kini cuma 20 minit.


Selama ini penduduk-penduduk kampung tradisional di seberang pekan itu terpaksa berulang-alik mencari keperluan, pelajar-pelajar ke sekolah dan urusan-urusan lain menggunakan bot penambang yang bukan sahaja menghadkan pergerakan bahkan mengambil masa yang lama serta terdedah kepada bahaya terutamanya pada musim tengkujuh.

Dengan siapnya jambatan baru ini pekan Kuala Krau sendiri yang merupakan penghubung ke Bandar Jengka dan 25 buah rancangan Felda dijangka akan mengalami kesibukan.Pengguna yang ramai dari Jengka termasuk pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka.

Sektor pelancongan juga dijangka berkembang kerana tempat tumpuan dan rekreasi seperti Hutan Lipur Gunung Senyum lebih mudah untuk dikunjungi...

Menurut seorang pakcik yang KP temui tadi...Pakcik Bakar berkata dengan adanya nya jambatan ini lebih mudah untuk beliau mengunjungi anak beliau di UITM Jengka dan beliau yang lebih suka ke Jengka untuk perkhidmatan bank merasakan ini adalah yang terbaik. " pakcik duduk Kerdau tapi suka pergi Jengka kalau nak ke bank kerana di Temerloh sudah sangat sibuk, parkir berbayar atau kena saman, berbanding Jengka parkir percuma dan terdapat semua jenis bank dan banyak pusat membeli-belah".begitulah kata pakcik Bakar

Kampung Rumpun Makmur  dan Pulau Pasir Mandi ini dulunya dianggap ulu kerana berada di hujung laluan jalan ke Gunung Senyum dan perhubungan utama dengan bot ke Kuala Krau. Apabila siapnya Jambatan ini ianya akan memajukan dan menudahkan penduduk disinim untuk berurusan.

Itulah serba sedikit yang KP dapat cerita betapa KERAJAAN BARISAN NASIONAL ini selalu mendahulukan rakyat...bak kata PM "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"...

Ok la nanti kita  bersua lagi..

Salam...
Moh Kite Weh....

No comments:

Post a Comment