Hari ini beberapa peti undi di Dun Kerdau, menerima kehadiran YB Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Pergerakan Puteri UMNO Pahang begitu prihatin melakukan kerja-kerja kebajikan.
Kunjungan ke Klinik Desa Kerdau, membincangkan mengenai permasalahan dan pembesaran klinik. Klinik yang kecil itu sememangnya sudah tidak dapat menampung pertambahan penduduk di Pekan Kerdau. Dengan kehadiran YB Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, InsyaAllah permasalahan ini pasti akan diselesaikan. Beruntung sungguh warga Kerdau kan...
YB Dato Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Puteri-Puteri Pahang kemudiannya ke rumah seorang Warga Emas Cina di Pekan Kerdau yang mempunyai masalah penglihatan. Inilah 1 MALAYSIA...kunjungan dan sumbangan tak kira bangsa!
Kunjungan seterusnya ke Felcra Rumpun Makmur. En. Wahab Bin Bakar seorang yang sangat aktif berpersatuan dan bersukan tidak lagi dapat berjalan selepas mengalami Demam Panas...Beliau yang memerlukan tongkat untuk berlatih berjalan semula merasa sangat gembira diatas keprihatinan Pergerakan Puteri UMNO.
Di Jengka 25 pula 2 buah rumah dikunjungi. Seoarang pesakit Jantung dan Radang Perut dan seorang lagi adalah wanita muda yang menghidapi Buah Pinggang Kronik.
Keprihatinan ini merupakan tanggungjawab yang KP rasa Pergerakan Puteri UMNO sentiasa lakukan walaupun bukan musim pilihanraya...Tahniah....
Salam PRK
KP
No comments:
Post a Comment