Sunday 20 February 2011

MOH KE GUNUNG SENYUM

Salam...KP rasa seronok hari ini kerana dapat meronda di Dun Kerdau ni...apa yang KP jumpa ialah Kerdau mempunyai Kawasan Pelancongan yang sangat menarik...GUNUNG SENYUM

Masa KP sampai tu ada 2 buah bas UITM Pahang yang bergerak keluar rupanya mereka datang meneroka keindahan GUNUNG SENYUM...

Moh KP cite sikit pasal Gunung Senyum...

Keluasan hutan lipur gunung senyum ialah sekitar 794 hektar dan ianya terletak di dalam kawasan hutan simpan Jengka dan didalam Dun Kerdau dimana ini terdapat didalam 4 bahagian kawasan.Disini terdapat dua gunung iaitu Gunung Senyum dan Gunung Jebak Puyoh.

Ketinggian Gunung Senyum adalah 550m . Terdapat 20 gua di kawasan gunung ini yang boleh dilawati dan antaranya terdapat kawasan archaeological.

Gunung Jebak Puyuh terletak jauh sedikit disini terdapat kawasan trekking yang menarik untuk dilawati dan ianya menjanjikan keseronokan dalam penerokaan gua.

Akan tetapi Gunung Senyum lebih dikenali dikalangan pengunjung, Hutan lipur Gunung Senyum adalah tempat yang sangat menarik untuk penggemar expedisi gua dan jungle trekking.
Terdapat pejabat hutan di kawasan hutan lipur ini untuk sebarang urusan berkaitan ianya berdekatan dengan kawasan perkemahan dan parking kereta.


Terletak lebih kurang 25kmdari Pekan Kerdau, 40km dari Temerloh, dan 20km daripada Pusat Jengka.

Moh kite tengok gambarnya pula...




Inilah Pandangan Indah Gunung Senyum


Resort di Gunung Senyum

Contoh Rumah Pahang (elok la datang dan tengok...)

Menarikkan? KP meyimpan cita-cita untuk meneroka dan mendaki Gunung Senyum ni suatu hari nanti....Caiyok...Caiyok....

Nanti kalau KP dah pergi meneroka KP upload gambarnya ye......
Salam...
Moh Kite Weh....





No comments:

Post a Comment