Friday 25 February 2011

PENDIDIKAN TIDAK DIABAIKAN

Assalamualaikum...

Pendidikan merupakan salah satu teras pembangunan insan. Sekolah pula merupakan medium terpenting bagi sesebuah kawasan. Di Kerdau ni KP lihat banyak juga sekolahnya...Terdapat tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di sini.
Antara sekolah rendah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Ara, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kerdau dan Sekolah Agama Majlis At-Tarbuah. Manakala sekolah menengah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.

KP tertarik dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh yang terdapat dalam Dun Kerdau ini. Sebuah sekolah yang memberikan pendidikan terbaik dan menaikkan imer Kerdau sebagai pekan kecil yang tidak ketinggalan dari segi pendidikan

Moh Kite Cite pasal Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Temerloh mula dibuka pada 1 Januari 2002. Pada awalnya,sekolah ni telah menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh sementara menunggu kompleks yang sebenar di Kerdau,Temerloh siap. Kompleks tersebut berkeluasan 32 ekar. Guru-guru yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus sekolah semasa memulakan sesi persekolahan 2002 adalah Abdul Razak bin Alias (menjalankan tugas pengetua sehingga 15 Mac 2002), Abdul Khalid bin Daud, Zakaria bin Khalid, Zaripin bin Ismail, Abdul Rafar bin Yahya, Ruzawati binti Ramly, Zaitun binti Hamzah, Norashidah binti Che Hassan, Norhayati binti Zakaria dan Norehan binti Hassan.
Kumpulan pertama pelajar ialah seramai 106 orang dengan 50 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan.Kesemua pelajar tersebut dibahagikan kepada 3 buah kelas dan pada 16 Mac 2002, Puan Hajah Afiah binti Abd Razak telah menjadi pengetua pertama sekolah ini. Pada 4 Jun 2002, 12 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 93 orang pelajar sekolah ini telah berpindah ke kompleks sebenar sekolah di Kerdau. Pengambilan kedua pelajar melibatkan 65 orang pelajar. Pada 1 Jun 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah diambil alih oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seiring dengan itu, bilangan pelajar tingkatan satu telah bertambah kepada 153 orang dengan 75 lelaki dan 78 perempuan.Jumlah kelas telah bertambah kepada 5 kelas iaitu 1 Al-Bukhari, 1 Al-Muslim, 1 At-Tirmizi, 1 An-Nasai dan 1 Ibnu-Majah. Jumlah guru juga telah bertambah kepada 14 orang.
Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Brilliant, Perfect, Intelligent dan Thinker, dan sekaligus membentuk singkatan nama sekolahnya iaitu SBPIT. sumber wikipedia

Warga Kerdau perlu berbangga!

No comments:

Post a Comment