Tuesday 22 February 2011

TERjAWAB SUDAH

Salam...Apa kabo orang Desa Murni, Rumpun Makmur, Felda Jengka 22, 23, 25, Teluk Sentang, Kerai, Kuala Tekal, Kampung Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi, Lipat Kajang,Kuala Kerdau dan Kerdau. KP harap semua sihat dan beroleh keberkatan Allah SWT..

Terjawab sudah siapa Calon BN yang bakal menggalas tanggungjawab besar di N.28 Kerdau..seperti dijangka TN SYED IBRAHIM SYED AHMAD, Naib Ketua UMNO Bhgn Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, calon BN bagi PRK Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Beliau dilahirkan di Kg Kuala Tekal, Temerloh, mendapat pendidikan di SRK Kuala Krau, Sek Men Agama Al-Kahiriah, kemudiannya di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir

Tn Syed Ibrahim bertugas sbg pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah (1993-1996), berpengalaman sbg guru bhs Arab di SM Agama Darul Naim, Kuala Krau (1997–2000)sebelum menjadi Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut, kemudiannya Pegawai Khas kpd MB Pahang, DS Adnan Yaakob.

Kerjaya politik calon BN bg DUN Kerdau, Syed Ibrahim
i)Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau,
ii) AJK Dakwah Kerajaan Pahang,
iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang,
iv) Ajk Biro Latihan UMNO Pahang,
v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh

Calon yang sangat berkelayakan dan boleh membawa mandat pengundi N.28 Kerdau. Jadi apa lagi Moh Kite Weh buat keje untuk memastikan kemenangan BN di N.28 Kerdau.

No comments:

Post a Comment